Posts Tagged ‘waktu sesuai untuk jimak’

Saranan Waktu Untuk Seks

menjadi suami yang hebat dan baik

Saranan Waktu Untuk Seks

Saranan waktu untuk seks ini merupakan panduan kepada pasangan suami dan isteri. Waktu untuk seks ini tiadalah waktu yang tepat dan spesifik. Tetapi bergantung kepada kehendak suami dan isteri. Hadis Nabi ada menceritakan apabila suami menghendakinya maka isteri harus menurutinya. Juga ada hadis yang membicarakan apabila suami merasa terangsang melihat sesuatu diluar rumah, maka pulanglah kerumah untuk bersama dengan isteri. Oleh yang demikian waktu untuk seks boleh dilakukan bila-bila masa sahaja yang sesuai.

panduan saranan waktu untuk seks

Seks Mengikut Keselesaan Dan Kehendak Suami & Isteri

Antara saranan waktu untuk seks adalah seperti berikut

Petua Untuk Memilih Waktu Untuk Seks

(Mohon maaf jika petua atau artikel di bahagian ini agak menyinggung ketenteraman sesetengah pihak. Tujuannya hanyalah sekadar untuk berkongsi maklumat demi kebaikan kaum lelaki, terutamanya kepada bakal suami ataupun mereka yang telah berumahtangga.)

1. Waktu Tengahari – Waktu siang selalunya dikatakan waktu untuk berehat sebentar setelah melakukan kerja dari pagi hingga tengah hari. Pada waktu ini biasanya orang akan merasa bebas dari beban kerja, sehingga tidak ada faktor yang akan menghalang fungsi seksual. Tetapi selalunya suasana tengah hari yang terang benderang dan panas merupakan suasana yang tidak selesa dalam memberikan rangsangan seksual. Selain itu, rasa kepenatan yang dirasai setelah ejakulasi biasanya menimbulkan rasa mengantuk, dan boleh menjadi gangguan untuk anda meneruskan pekerjaan.

2. Waktu Malam – Suasana hening, redup dan tenang, terutama kalau anda tinggal jauh dari kota memberikan ketenangan sekali gus rangsangan seksual. Biasanya mereka yang sudah terlepas dari beban aktiviti harian akan mudah merasai ghairah seksual. Di samping itu orgasma dan kepuasan seksual umumnya menimbulkan sensasi dan hormon adrenaline yang membuat rasa mengantuk setelah bersama, akan membuatkan anda mampu tidur dengan nyenyak.

3. Waktu Pagi – Pada waktu pagi, tubuh dan fikiran masih segar setelah tidur nyenyak semalam. Tentu sahaja kesegaran ini akan mendorong anda untuk melakukan hubungan seksual yang lebih memuaskan.Di waktu pagi atau menjelang pagi, golongan lelaki khususnya sering kali masih menyimpan sisa ereksi spontan yang berlaku ketika tidur pada malam hari. Ereksi spontan itu kerap kali menjadi rangsangan yang lebih membangkitkan dorongan seksual golongan ini. Selain itu hubungan yang dilakukan pada pagi hari akan berjalan dengan lancar dan lebih mengghairahkan kerana kedua belah pihak masih dalam keadaan segar. Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga harus difikirkan, suasana pagi selalu dikaitkan dengan persiapan kerja dan memulakan kerja. Waktu ini sering menimbulkan rasa tidak tenang dan tergesa-gesa ningga akan menghalang fungsi seksual, malah jika berlangsung pun ia tidak akan memuaskan.

Tepuk zakar, tanyalah selera ……. inilah waktu untuk seks yang paling tepat !! hehe

 

bahagia rumahtangga suami isteri

Stor Suami Isteri